Tak Cukup Dengan Covid-19, Rakyat Croatia Kelam Kabut Ditimpa Gempa Bumi Pula

Loading...
Loading...

Seperti negara lain, kerajaan Croatia juga memerintahkan rakyat duduk di rumah setelah menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang sangat membimbangkan.
Namun tidak cukup dengan ujian itu, nasib malang terus menimpa negara tersebut apabila menghadapi gempa bumi yang kuat diikuti dengan gempa susulan baru-baru ini.
Doktor sedang cuba menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang dipercayai mati setelah ditarik keluar daripada runtuhan. Penduduk terbangun pada waktu pagi ketika terdengar bunyi dan berasa gegaran yang kuat berlaku.
Pegawai bertugas mengatakan ibu kota bersejarah Zagreb itu mengalami kerosakan dan kerugian yang luar biasa namun tiada kematian dilaporkan.
Seorang wartawan, Željko Žutelija mengatakan bahawa ini merupakan tragedi yang paling teruk dalam sejarah bandar tersebut dan lebih teruk daripada kerusuhan sekitar kejatuhan Yugoslavia pada tahun 1990.
“Berhari-hari kami tinggal dalam ketakutan disebabkan virus itu dan kami terbangun kerana merasakan gempa bumi yang kuat,” ujar salah seorang mangsa, Maja Beck.
Sumber: VOATwitter

LihatTutupKomentar