Selepas 50 Tahun Menanti, Umat Islam Berjaya Bina Masjid Pertama Di Slovenia

Loading...
Loading...

Umat Islam di Slovenia dapat tarik nafas lega apabila masjid pertama dibina di negara bekas komunis Yugoslavia itu akhirnya dibuka secara rasmi di ibu kotanya kelmarin.
Pembukaan rumah Allah tersebut disifatkan oleh Mufti Besar Slovenia, Nedzad Grabus sendiri sebagai detik perubahan terbesar dalam kehidupan minoriti Muslim di negara rantau Balkan itu.

Selepas 50 tunggu

Apatah lagi, usaha permohonan pembinaan masjid itu sebenarnya telah bermula genap 50 tahun lalu, namun tergendala beberapa kali ekoran kekurangan dana dan penentangan bukan Islam.
Kerja pembinaan hanya bermula pada 2013 dengan kos keseluruhan 34 juta euro (RM154 juta) dan menurut Nedzad, 28 juta euro (RM127 juta) daripadanya ialah sumbangan kerajaan Qatar.

Mampu tampung 1,400 jemaah

Terletak di kawasan separuh perindustrian ibu negara, Ljubljana, masjid mampu tampung 1,400 jemaah itu adalah sebahagian kompleks enam bangunan Pusat Kebudayaan Islam Slovenia.
Ia turut mengandungi pejabat komuniti Muslim, institusi pendidikan, perpustakaan, restoran, gelanggang bola keranjang, kuarters rumah imam dan sebuah menara setinggi 40 meter.

Kubah besar masjid ini yang berwarna kebiru-biruan

Kubah besar masjid ini yang berwarna kebiru-biruan agak menyerupai reka bentuk terkenal Masjid Sultan Ahmed di Istanbul, Turki era Khalifah Uthmaniah yang juga digelar Masjid Biru.
Dianggarkan ada 80,000 Muslim yang membentuk 2.5 peratus daripada keseluruhan penduduk Slovenia berjumlah dua juta orang, sekali gus muncul agama kedua terbesar selepas Katholik.

Banyak tentangan

Pembinaan masjid itu pernah dibantah pada 2004 dan 2009, namun dua usaha tersebut gagal apabila pihak mahkamah perlembagaan menolak referendum kumpulan penentang berkenaan.
Mereka kemudian bertindak liar dengan baling beberapa kepala babi dan simbah darah haiwan najis berat itu di sekitar tapak pembinaan masjid dalam dua insiden berasingan pada 2016 lalu.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Ljubljana, Zoran Jankovic, dari etnik campuran Serbia dan Slovene; turut sokong projek pembinaan masjid tersebut bagi kemudahan ibadah masyarakat minoriti Islam.


Sumber : Bebas News

LihatTutupKomentar