Saat Genting Negara Berdepan Covid-19, Presiden Indonesia Diuji Kehilangan Ibu Tercinta

Loading...
Loading...

Di saat ini kesemua pemimpin negara dirundung kerisauan, apabila virus Covid-19 sudah semaki mengganas dengan peningkatan angka jangkitan dan kematian semakin bertambah.
Namun, bagi Presiden Indonesia Joko Widodo ujian kali ini lebih besar, ketika sedang bertungkus lumus menjaga rakyat menghadapi virus Covid-19, beliau diduga dengan kehilangan ibu yang tercinta.

Perginya ibu di saat genting

Ibu Presiden Joko Widodo, Sujiatmi Notomiharjo, meninggal dunia dalam usia 77 tahun pada Rabu, 25 Mac 2020. Menerusi maklumat rasmi daripada Sekretariat Presiden, ibu Sujiatmi meninggal dunia pada pukul 16.45 waktu tempatan.
Difahamkan, sejurus mendapat tahu berita kematian itu Joko Widodo segera berangkat ke Solo, Jawa Tengah, tempat di mana arwah ibunya tinggal.

Tidak dibenarkan tetamu ramai hadir

Malah, rumah Allahyarham di Jalan Pleret Raya di Surakarta Jawa Tengah juga dikawal pihak polis agar tidak didatangi orang ramai sebagai langkah pencegahan Covid-19.
Ketua Polis Jawa Tengah, Rycko Amelza Dahniel meminta supaya orang ramai tidak menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham atau menghadiri majlis pengebumian esok.

Besar dugaannya…

Tidak dapat kita bayangkan perasaan pemimpin Indonesia, di saat melalui detik-detik genting menyelamatkan negara daripada wabak virus, jiwanya pula dirobek hilang ibu yang selama ini menjadi tempat mengadu segala rasa di jiwa.
Semoga presiden Joko Widodo tabah menghadapi ujian ini, didoakan agar roh ibu beliau ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman.


Sumber : Astro Awani

LihatTutupKomentar