Panggilan Solat Terakhir, Bilal Meninggal Dunia Ketika Laungkan Azan

Loading...
Loading...

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati, kerana jika Tuhan sudah berkehendak tiada daya kita sebagai hambaNya untuk mengelak atau menidakkan.
Begitu juga dengan kisah seorang bilal dikenali sebagai Tgk Nurdin, 50, warga kampug Pisang, Kecamatan Labuhanhaji, Kabupaten Aceh Selatan, yang meninggal dunia ketika melaungkan azan.

Laungan azan yang terakhir

Dimaklumkan, Tgk Nurdin sudah 30 tahun menjadi bilal di Masjid At-Taqwa, Gampong Pisang. Menerusi laporan Tribun Palu, arwah meninggal dunia setelah melafazkan hayya ‘alash shalaah (mari menunaikan solat).
Arwah memang cukup dikenali sebagai orang kuat di masjid tersebut, justeru pemergiannya amat dirasai oleh penduduk di kampung itu.

Arwah sakit tetap nak azan

Ketika hidupnya, menurut salah seorang penduduk kampung, dia menyifatkan arwah sebagai orang yang sangat ramah dengan sesiapa sahaja.
Malah diberitahu, arwah memang sedang tidak sihat, namun dia tetap meminta agar pihak masjid membenarkannya untuk melaungkan azan subuh terakhirnya.


Sumber : Tribun Palu

LihatTutupKomentar