Pakcik Rebah Masa Dengar Khutbah Jumaat Meninggal Dunia

Loading...
Loading...

Seorang lelaki bernama H. Thamrin dilaporkan meninggal dunia ketika mendengar khutbah solat Jumaat di sebuah masjid di daerah Sulawesi Selatan pada 29 November lalu.
Menurut saksi, lelaki berusia 52 tahun itu menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum tiba-tiba rebah ketika khatib sedang membacakan kutbah di atas mimbar.
Saksi lain turut berkata, Allahyarham yang kelihatan sihat walafiat sempat bersalaman dengan jemaah di sekeliling ketika masuk ke dalam masjid sebelum denyutan nadi disahkan terhenti.
Walau bagaimanapun, solat Jumaat tetap berlangsung seperti biasa sebelum orang ramai menghantar jenazah kepada keluarga Allahyarham untuk proses pengebumian.
Ternyata pengakhiran hidup Allahyarham di dalam rumah Allah adalah keadaan baik selain disifatkan sebagai husnul khatimah.


Sumber : Suara.Com

LihatTutupKomentar