Makan Nasi Berlaukkan Telur & Air Kosong, Kedaifan Anak2 Tahfiz Menyentuh Hati

Loading...
Loading...

Sejak kebelakangan ini, dilihat lebih banyak ibu bapa memilih untuk menempatkan anak-anak mereka untuk belajar dan mendalami ilmu agama di pusat-pusat tahfiz, sekolah pondok ataupun madrasah.
Institusi keagamaan turut dilihat, telah banyak dibina dan ditubuhkan di serata tanah air. Namun, seperti yang sudar diwar-warkan kebanyakan pihak, pusat-pusat yang ditubuhkan ini sering dilanda kesulitannya yang tersendiri.

Kesusahan yang menyentuh hati

Sebuah sekolah pondok terletak di Bukit Gedimbak, Pasir Puteh berkongsikan kisah kedaifan mereka yang dirasai hampir 80 orang pelajar di situ. Sangat menyedihkan apabila mengetahui, pelajar disitu sering kali makan nasi putih dan hanya berlaukkan telur goreng bersama air kosong sahaja.
Hidangan ini sering disajikan terutamanya ketika mereka tidak menerima sumbangan lauk-pauk daripada orang ramai, ataupun pihak pengurusan sendiri tidak mempu membelinya. Malah, kata salah seorang pelajar tahfiz di situ, mereka pernah makan nasi bersama telur dan berkuahkan air putih.

Hidup dalam serba kekurangan

Bertambah menyedihkan, pelajar-pelajar yang kebanyakannya berusia lingkungan  8 hingga 20 tahun ini, juga terpaksa hidup daif dan serba kekurangan. Dapat dilihat, mereka hanya tidur menggunakan katil yang patah berlapikan batu bata, manakala ruangan belajar mereka hanya disediakan meja usang diperbuat dari papan lapis dan kayu sahaja.

Ramai tak mampu bayar yuran



Pengurusan sekolah pondok ini mengenakan bayaran bulanan sebanyak RM100 sebulan, untuk menampung perbelanjaan mereka semua. Namun, tidak semua anak-anak tahfiz disitu mampu membayarnya, kerana kebanyakan mereka ialah golongan susah. Tetapi kehadiran mereka di sini tetap sahaja diterima.
Meskipun begitu, pelajar-pelajar ini tetap menjalankan tugasan dengan baik dan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Pondok ini juga dikatakan, telah beroperasi selama tiga tahun lalu di atas sebuah tanah wakaf dan mereka sememangnya bergantung atas sumbangan ramai.
Orang ramai yang berniat untuk salurkan sumbangan, boleh ke akaun Madrasah Darul Uluum (03-0900-1006-2594) menerusi Bank Islam.
Sumber: Sinar harian.

LihatTutupKomentar