Lepas Kota Mekah Lengang, Kini Masjid Al-Aqsa Juga Ditutup

Loading...
Loading...

Selepas kerajaan Arab Saudi mengistiharkan agar sebarang ibadah umrah ditangguhkan buat masa terekat ekoran wabak Covid-19, Kota Suci itu dilihat lengang dan tidak seceria selalu.
Langkah tersebut diambil sebagai satu cara menbendung wabak Covid-19 daripada terus menular.

Langkah elak Covid-19 menular

Selain daripada Kota Suci Mekah dan Madinah yang agak lengang, masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin juga teah ditutup daripada sebarang perkumpulan atau perhimpunan bagi mengelakkan wabak itu merebak.

Ruangan solat dalam masjid ditutup

Menerusi Harian Metro, pengarah al-Aqsa sendiri telah menyatakan hal tersebut dan memberitahu bahawa ruang solat di dalam masjid kubah emas itu ditutup buat sementara waktu.

“Jabatan Waqf Islamik membuat keputusan untuk menutup ruang solat dalam masjid ini sehingga diberitahu kelak.”

Boleh beribadah di ruangan terbuka masjid

Walau bagaimanapun, para pengunjung masih boleh bersolat di ruangan terbuka masjid dan tiada halangan untuk beribadah disitu.
Langkah yang diambil oleh pihak Masjid Al-Aqsa ini adalah satu daripada langkah mengawal penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak.
Setakat ini, belum ada sebarang kes positif Covid-19 dari Palestin, namun Israel telah menutup pintu masuk dan keluar ke bandar Bethlehem di Palestin ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19.

LihatTutupKomentar