Kanak2 Bonceng Gojek Khusyuk Baca Al-Quran Atas Motosikal

Loading...
Loading...

Umum sedia maklum bahawa di Indonesia terdapat perkhidmatan e-hailing yang menggunakan motosikal. Jadi, usaha tersebut memudahkan sesiapa sahaja untuk kemana-mana tanpa perlu menghadapi kesesakkan lalu lintas di jalan raya.
Oleh hal yang demikian, penduduk di sana tidak kira usia lebih memilih untuk menaiki Gojek iaitu salah satu syarikat e-hailing menggunakan motosikal kerana harga yang lebih murah berbanding kereta.

Baca al-Quran atas motosikal

Sudah tentu pelbagai perkara menarik dapat diihat dijalan raya menerusi gelagat pembonceng Gojek ini.
Salah satunya adalah gambar yang berjaya dirakam dan tersebar meluas di media sosial sejak beberapa hari lepas mengenai seorang kanak-kanak yang khusyuk membaca al-Quran ketika menaiki Gojek.

Sejuk perut ibu mengandung

Menerusi perkongsian yang diperoleh daripada zayan.my yang bersumberkan Mhd Ilham, kanak-kanak tersebut memakai pakaian seragam sekolah dan topi keledar Gojek leka membaca kalam Allah ketika dalam perjalanan menuju ke suatu tempat.
Sehubungan dengan itu, dapat kita perhatikan betapa berjayanya sesebuah keluarga apabila mampu mendidik anak-anak dengan membudayakan al-Quran.
Ia bukan sahaja menjadikan seseorang itu lebih mendahulukan akhirat bahkan menjadikan mereka insan yang disenangi oleh masyarkat suatu hari nanti.


Sumber : zayan.my

LihatTutupKomentar