Hidayah Milik Allah, Imam Besar Masjid Jepun Ini Asalnya Seorang Gengster Terkenal

Loading...
Loading...

INSPIRASIHidayah Milik Allah, Imam Besar Masjid Jepun Ini Asalnya Seorang Gengster Terkenal
Siapa sangka, jika dahulu lelaki bernama Takazawa dikenali sebagai seorang yakuza atau gengster di Jepun, kini merupakan antara lima imam masjid besar di Jepun.

Dipilih Allah untuk menerima hidayah, perjalanan hidup Takazawa sebagai Muslim bermula apabila dia secara tidak sengaja  terjumpa dengan seorang lelaki berpakaian serba putih memintanya untuk membaca dua kalimah syahadah.

Sambung belajar pengajian Islam
Sejak daripada saat itulah dia bergelar seorang Muslim. Sekitar tahun 2008, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam, dia tela mendapat undangan pemerintah Arab Saudi untuk mengerjakan haji.

Seusai tamat pengajian, Takazawa atau nama Islamnya Sheikh Abdullah Taqy Takazawa dilantik sebagai Imam besar di Masjid Kabukicho, Tokyo.

Imam masjid besar di Jepun
Kini, Takazawa bukan sahaja berperanan sebagai Imam masjid. Malah, dia juga antara pendakwah di Jepun yang sangat aktif berkongsi ilmu mengenai Islam.
Hidayah itu milik Allah, sejahat-jahat manusia jika Allah berkehendak untuk dirinya menerima petunjuk maka terjadilah. Justeru, kita sebagai manusia berhenti menghakimi orang kerana boleh jadi dia lebih mulia sifatnya daripada kita.

LihatTutupKomentar